[{"data":1,"prerenderedAt":-1},["ShallowReactive",2],{"detail-sidebar-cat-0-en-105":3,"doc-seo-316697-105":59,"doc-detail-316697-en":131},{"code":4,"msg":5,"data":6},0,"success",[7,13,18,23,28,33,38,43,48,51,55],{"id":8,"doc_module":4,"doc_module_name":9,"category_name":10,"show_sort_weight":11,"slug":12},1,"Document","Story & Novel",90,"story-novel",{"id":14,"doc_module":4,"doc_module_name":9,"category_name":15,"show_sort_weight":16,"slug":17},2,"Literature",80,"literature",{"id":19,"doc_module":4,"doc_module_name":9,"category_name":20,"show_sort_weight":21,"slug":22},4,"Exam",70,"exam",{"id":24,"doc_module":4,"doc_module_name":9,"category_name":25,"show_sort_weight":26,"slug":27},5,"Comic",60,"comic",{"id":29,"doc_module":4,"doc_module_name":9,"category_name":30,"show_sort_weight":31,"slug":32},6,"Technology",50,"technology",{"id":34,"doc_module":4,"doc_module_name":9,"category_name":35,"show_sort_weight":36,"slug":37},7,"Healthcare",40,"healthcare",{"id":39,"doc_module":4,"doc_module_name":9,"category_name":40,"show_sort_weight":41,"slug":42},8,"Research & Report",30,"research-report",{"id":44,"doc_module":4,"doc_module_name":9,"category_name":45,"show_sort_weight":46,"slug":47},9,"Religion & Spirituality",20,"religion-spirituality",{"id":46,"doc_module":4,"doc_module_name":9,"category_name":49,"show_sort_weight":46,"slug":50},"World Cup","world-cup",{"id":52,"doc_module":4,"doc_module_name":9,"category_name":53,"show_sort_weight":52,"slug":54},10,"Lifestyle","lifestyle",{"id":56,"doc_module":4,"doc_module_name":9,"category_name":57,"show_sort_weight":24,"slug":58},19,"General","general",{"code":4,"msg":60,"data":61},"ok",{"site_id":62,"language":63,"slug":64,"title":65,"keywords":66,"description":67,"schema_data":68,"social_meta":124,"head_meta":126,"extra_data":128,"updated_unix":130},105,"ms","effects-of-project-based-learning-method-on-students-achievement-and-motivation","KESAN KAEDAH PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK TERHADAP PENCAPAIAN DAN MOTIVASI PELAJAR","","Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan antara kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) dan kaedah konvensional dengan menilai kesannya terhadap pencapaian dan motivasi pelajar bagi topik Reka Bentuk Akuaponik dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi tingkatan dua. Reka bentuk kuasieksperimen melibatkan Kumpulan Rawatan (31) dan Kumpulan Kawalan (26) daripada dua buah sekolah menengah di daerah Hilir Perak. Analisis min dan ujian-tdijalankan menggunakan SPSS, manakala motivasi diukur melalui soal selidik. Dapatan menunjukkan PBP meningkatkan pencapaian dan motivasi intrinsik secara signifikan, dan kesan pencapaian tidak dipengaruhi jantina.",{"@graph":69,"@context":123},[70,84,106],{"@type":71,"itemListElement":72},"BreadcrumbList",[73,77,79,82],{"item":74,"name":75,"@type":76,"position":8},"https://docshare.wps.com","Home","ListItem",{"item":78,"name":9,"@type":76,"position":14},"https://docshare.wps.com/document/",{"item":80,"name":40,"@type":76,"position":81},"https://docshare.wps.com/document/research-report/",3,{"item":83,"name":65,"@type":76,"position":19},"https://docshare.wps.com/document/effects-of-project-based-learning-method-on-students-achievement-and-motivation/316697/",{"url":83,"name":65,"@type":85,"image":86,"author":91,"headline":65,"publisher":94,"fileFormat":97,"inLanguage":63,"description":67,"dateModified":98,"datePublished":99,"encodingFormat":97,"isAccessibleForFree":100,"interactionStatistic":101},"DigitalDocument",{"url":87,"@type":88,"width":89,"height":90},"https://docshare.wps.com/thumbnails/effects-of-project-based-learning-method-on-students-achievement-and-motivation/316697.png","ImageObject",300,407,{"name":92,"@type":93},"Fans","Person",{"url":74,"name":95,"@type":96},"DocShare","Organization","application/pdf","2026-11-10","2026-09-20",true,{"@type":102,"interactionType":103,"userInteractionCount":105},"InteractionCounter",{"@type":104},"ViewAction",13,{"@type":107,"mainEntity":108},"FAQPage",[109,115,119],{"name":110,"@type":111,"acceptedAnswer":112},"Apakah tujuan utama kajian ini?","Question",{"text":113,"@type":114},"Kajian ini bertujuan mengenal pasti perbezaan antara kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) dan kaedah konvensional terhadap pencapaian serta motivasi pelajar bagi topik Reka Bentuk Akuaponik.","Answer",{"name":116,"@type":111,"acceptedAnswer":117},"Bagaimanakah reka bentuk kajian dijalankan?",{"text":118,"@type":114},"Kajian menggunakan reka bentuk kuasieksperimen dengan Kumpulan Rawatan (31 pelajar) dan Kumpulan Kawalan (26 pelajar) daripada dua buah sekolah menengah di daerah Hilir Perak.",{"name":120,"@type":111,"acceptedAnswer":121},"Adakah jantina mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kaedah PBP?",{"text":122,"@type":114},"Dapatan menunjukkan kesan kaedah PBP terhadap pencapaian tidak dipengaruhi oleh jantina, dengan perbezaan yang tidak signifikan.","https://schema.org",{"og:url":83,"og:type":125,"og:title":65,"og:site_name":95,"og:description":67},"article",{"robots":127,"canonical":83},"index,follow",{"doc_id":129,"site_id":62},316697,1791027237,{"code":4,"msg":5,"data":132},{"doc_id":129,"user_id":133,"nickname":92,"user_avatar":134,"doc_module":4,"category_id":39,"category_name":40,"doc_title":65,"doc_description":67,"doc_content":135,"file_id":136,"file_url":137,"file_type":138,"file_size":139,"view_count":105,"is_deleted":4,"is_public":8,"is_downloadable":8,"audit_status":8,"page_count":140,"language":141,"language_code":63,"site_id":62,"html_lang":142,"table_of_contents":143,"faqs":144,"seo_title":145,"seo_description":67,"update_tm":146,"read_time":147,"preview_page_count":4},5909892330395,"https://ap-avatar.wpscdn.com/davatar_6f874abed73319feea01a86fa6f0fab8","KESAN KAEDAH PEMBELAJARAN BERASASKANPROJEK TERHADAP PENCAPAIAN DAN MOTIVASI PELAJAR  \nSITI ZULAIHA BINTI JERAI  \nUNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS  \n2022  \nKESAN KAEDAH PEMBELAJARAN BERASASKANPROJEK TERHADAP PENCAPAIAN DAN MOTIVASI PELAJAR  \nSITI ZULAIHA BINTI JERAI  \nDISERTASI DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNTUK MEMPEROLEH IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (PEDAGOGI)  \n(MOD PENYELIDIKAN DAN KERJA KURSUS)  \nFAKULTI PEMBANGUNAN MANUSIA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS  \niv  \nPENGHARGAAN  \nAlhamdulillah, terlebih dahulu saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran dan pujiankepada Allah S.W.T atas nikmat iman, kesihatan, ketabahan dan kesabaran yang dikurniakanNya dalam menempuhi rintangan, halangan dan dugaan sepanjang prosesmenyiapkan disertasi ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Md. Nasir Bin Masran selaku penyelia kajianyang sentiasa memberi bimbingan, nasihat serta ilmu pengetahuan yang sangat berguna sepanjang saya menjalankan kajian ini.  \nPenghargaan juga diberikan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia terutamanya Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD) juga Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak atas sokongan menjalankan kajian ini. Tidak dilupakan barisan pentadbir dan rakan-rakan sekerja yang sangat memahami ketika saya menjalankan kajian ini.  \nSeterusnya penghargaan kepada kedua orang tua saya, ayahanda Tn. Hj. Jerai Bin Khalid dan bonda Hjh. Zaliha Binti Atan yang sentiasa mendoakan, menyokong dan memberi kata-kata semangat sepanjang tempoh pengajian yang mencabar ini. Buat anakanda tunggal tercinta Muhammad Nur Amnan Bin Hariz Hazwan, terima kasih keranamemahami ibu dan semoga kejayaan ibu ini memberi inspirasi untuk dirimu sentiasa tabahdalam menghadapi cabaran hari-hari mendatang.  \nUcapan terima kasihjuga kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dalam memberi tunjuk ajar serta sokongan moral dalam usaha menyiapkan kajian ini. Anda sahabat hebat yang tidak jemu mengejutkan diri ini di saat lalai dan putus asa. Akhir sekali, terima kasih diucapkan ditujukan kepada guru dan pelajar yang telah memberikankerjasama baik sepanjang kajian ini dijalankan. Semoga anda semua sentiasa berada dalam limpah rahmat Allah S.W.T dan semoga Malaysia menjadi sebuah negara penyelidikanyang dibanggakan.  \nv  \nABSTRAK  \nKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan antara kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) dan kaedah konvensional, dengan melihat kesan kedua-duakaedah ini terhadap pencapaian dan motivasi pelajar bagi topik Reka Bentuk Akuaponik dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi tingkatan dua. Kajian ini juga mengenal pasti pengaruh jantina terhadap pencapaian pelajar yang mengikutiproses pembelajaran menggunakan kaedah PBP. Reka bentuk kajian ialah kuasieksperimen yang melibatkan Kumpulan Rawatan dengan jumlah pelajar 31 orang dan Kumpulan Kawalan dengan jumlah pelajar 26 orang daripada dua buah sekolah menengah di daerah Hilir Perak. Data kajian berkaitan pencapaian pelajar dikumpulmelalui instrumen ujian pencapaian pra dan pasca, manakala data berkaitan motivasidikumpul melalui instrumen soal selidik. Analisis statistik nilai min dan ujian-tdijalankan ke atas data yang dikumpul dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science. Hasil kajian mendapati bahawa kaedah PBP (M=66.26, SP=13.53) memberi kesan yang lebih baik terhadap pencapaian pelajar berbanding kaedah konvensional (M=49.54, SP=9.57) dengan perbezaan yang signifikan iaitu t(55)=5.287, p=0.000 dan kesan ini juga tidak dipengaruhi oleh jantina (Lelaki: M=65.88, SP=13.76; Perempuan: M=66.67, SP=13.74) dengan perbezaanyang tidak signifikan iaitu t(29)=-0.160, p=0.874 . Seterusnya, kajian juga mendapatitahap motivasi intrinsik pelajar yang melalui proses pembelajaran menggunakankaedah PBP (M=3.73, SP=0.309) lebih baik berbanding pelajar yang didedahkandengan kaedah konvensional (M=3.14, SP=0.318)","cbCaiekRjithTRdU","https://ap.wps.com/l/cbCaiekRjithTRdU","pdf",496886,42,"Malay","en","# Penghargaan\n# Abstrak\n## Tujuan kajian\n## Reka bentuk dan sampel\n## Instrumen dan analisis data\n## Dapatan utama\n## Implikasi kajian","[{\"question\":\"Apakah tujuan utama kajian ini?\",\"answer\":\"Kajian ini bertujuan mengenal pasti perbezaan antara kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) dan kaedah konvensional terhadap pencapaian serta motivasi pelajar bagi topik Reka Bentuk Akuaponik.\"},{\"question\":\"Bagaimanakah reka bentuk kajian dijalankan?\",\"answer\":\"Kajian menggunakan reka bentuk kuasieksperimen dengan Kumpulan Rawatan (31 pelajar) dan Kumpulan Kawalan (26 pelajar) daripada dua buah sekolah menengah di daerah Hilir Perak.\"},{\"question\":\"Adakah jantina mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kaedah PBP?\",\"answer\":\"Dapatan menunjukkan kesan kaedah PBP terhadap pencapaian tidak dipengaruhi oleh jantina, dengan perbezaan yang tidak signifikan.\"}]","KESAN KAEDAH PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK TERHADAP PENCAPAIAN DAN MOTIVASI PELAJAR | PDF",1789921287,106]